Saturday, December 11, 2010

Kuliah Maghrib Ustaz Ahmad Awang

Ustaz Ahmad Awang telah menyampaikan kuliah maghrib pada 11/12/2010 di Surau Nur Al Syura. Ustaz menyentuh topik tentang Hijrah bersempena tahun baru Hijrah. Ustaz mengajak muslimin dan muslimat menghayati Hijrah dengan konsepnya yang sebenar. Iaitu berhijrah kepada penghayatan Islam lahir dan batin. Ustaz menegur sikap pihak-pihak yang tertentu yang hanya mementingkan penghayatan Hijrah dari satu sujud sahaja. Ustaz juga menyarankan bersempenaan dengan tahun baru Hijrah ini agar umat Islam  menjadikan takwin rasmi berdasarkan takwin hijrah dan bukan lagi takwin masihi kerana ia merupakan simbol kesatuan umat Islam. Sememangnya apabila Al-Quran menyebut tentang perkiraan bulan atau tahun maka ia merujuk kepada perkiraan kalendar lunar dan bukannya perkiraan solar. Memperjuangkan cuti minggu pada hari Jumaat adalah suatu yang penting ujar Ustaz kerana cuti hari Ahad sebenarnya ada kaitan dengan masalah agama. Sunday  sebenarnya hari mulia orang-orang Roman yang memuja matahari. Kemudian ia digunakan oleh pihak gereja semata-mata untuk tujuan dakyah kristian untuk mengkristiankan orang-orang Rom yang masih berkerpecayaan paganism dengan menyerapkan amalan agama mereka ke dalam tata kehidupan masyarakat kristian. Ustaz juga menyarankan agar tokoh Maal Hijrah yang dipilih mestilah mempertimbangkan nilai akhlak Islam berserta dengan sumbangan diberikan kepada masyarakat. Ustaz meluahkan rasa hairan beliau tentang pemilihan tokoh Maal Hijrah tahun ini kerana menurut Ustaz tokoh itu tidak memenuhi dua kriteria tersebut.Untuk kefahaman tentang Hijrah Ustaz mengajaka para hadirin agar meneliti tafsiran ayat 30 Surah Al Anfal dan ayat 40 daripada surah Al Taubah.

No comments:

Post a Comment